Saturday, 8 October 2016

Keldai dn Kitab: Koleksi Artikel

Keldai Dan Kitab
RM20.00

Menulis karya-karya yang berbentuk kritikan sosial adalah satu muhasabah yang teramat penting buat umat. Ini kerana seorang penulis itu sebenarnya adalah pedagang budaya (merchant of culture) yang tugasnya adalah untuk memilah dan memilih dengan bijak akan barang dagangannya iaitu idea atau
buah fikiran untuk dijadikan santapan aqliyah dan ruhaniyah insan dalam sesebuah masyarakatnya.
Menerusi ‘Keldai dan Kitab’, saudara Azman Hussin telah memuatkan pelbagai buah fikiran yang wajar ditilik kemas oleh umat khususnya anak muda, untuk lebih memahami kenapa, dan bagaimana wajar kita harus bertindak secara penuh waspada dalam menangani pelbagai kemelut dan tribulasi yang tiada persempadanan.

No comments:

Post a Comment